//Ana Syazwana98
Bonjour!

~Hey you! Touch The Picture~



Home About Linkies Karya

Assalamualaikum and Hello! Welcome to my Blog. Enjoy your trip here!. Start with Basmallah!


Kupilih Ia!



Kawan Ana!



Tagboard!

Put your CBox code here!


Back to past



Uhuk! Uhuk!

Credits!

Basecode: Nurul AtiQah
Template: Intan Aqilah
Edited By: Ana Syazwana98
Others:   


Ada Gua kesah Pasangan Gua Tak Cun/Hensem!




Ok.. korang bacelah entri dari blog >>cerukshahbakri<< ni. 
Aku copypaste je ni
Aku suka bace blog dieee.. sbb setiap en3 die tu confirm kasi org pecah perut..
kalau korang rajin..korang bacelah sampai habis.. panjang gileee.
memang dari awal aku copy ni.. ngeh~


1

2

3



ASSALAMUALAIKUM CIKEBOOMZ CIKEBOOMZ SEMUA DAN APESALLLL AKU TIBA TIBA CAPSLOCK NI DAN BOLEH HENTIKANN TAKKKKK ARGHHHH??!!!!!



Ok dah… aku rasa benda ni sangat klise. See the entry topic. Klise sangat. Sama klisenya dengan gaya terjun Pandalela Rinong. Tak boleh buat gaya lain ke? Terjun sikit je mesti nak gulung-gulung. Tak boleh ke terjun sambil bersila atauuuu bersimpuh? Atauuu… hmmm kau nak kena hempuk ke shah? Ok ok.



A : Oit dosa oit tak boleh tengok orang terjun. Dosa.

B : Bukan apa. Aku minat sukan sukan ni. Tapi macam kau cakaplah, dosa.

A : Lepas ni suruh Pandalela tu terjun pakai kebaya nyonya.

B : Hmm tolong jangan bagi idea bodoh boleh tak? Aku sebenarnya jeles   dengan dia ni. *tunduk*

A : Laaa kenapa ni? Kenapa kau jeles ni?

B : Sebab… kau tau tak apa beza kau dengan dia?

A : Apa dia?

B : Kalau dia terjun masuk air, satu dunia puji. Tapi kalau kau terjun masuk air ramai suspek kau nak bunuh diri.

A : Hmmmm kan? Dahlah Olimpik haritu dia terjun dapat perak. Aku ni, belum terjun pun dah gayat nak terberak.

B : Tulahhh pasal.. Hmm dah tu pesal kau cerita pasal dia tetiba ni? Surah Yaasin ni bila nak habis baca dari tadi lagi kau bukak topik aku pelangkung jugakkk kang!!

A  : Ok ok sorry..




Dahh start dah melalut. Ok nak tanya ni, masing masing dikurniakan keinginan untuk menyukai sesama sendiri kan? Bercakap pasal pasangan, masing masing mesti nak pasangan yang perfect kan? Tipu lar, masing masing mesti dah letak syarat. Mesti korang pernah dengar kan pompuan pompuan demand macam ni.(kaum hawa jangan terasa yerr, lelaki pun sama je)




A : Saya nak boyfie yang ada lima helai bulu betis jewwwww.


***baik kau kapel dengan maknyah hakak oyyyy. Betis dorang licin. Kau nak kapel dengan lelaki ke kau nak kapel dengan bulu betis? Plis singkirkan spesies ini***





B : Saya nak boyfie yang tall dark and handsome.

***nak pilih “dark” jangan berani sangat. Kau jangan main main. Dalam dunia ni “dark” orang Malaysia je yang kira hensem. Hensem la jugak. Lelaki Malaysia please control hidung anda. Jangan kembang sangat. Ok sambung. Kau wish sangat nak yang “dark”. Dark ni banyak kategori dan level. Mana kau nak?
1-   Hitam manis? Ini kira orait. Kat Malaysia berlambak. Kalau kau orang nak demand yang hitam manis aku boleh terima. Manis? Ok manis pulak ada pecahannya. Ada yang hitam manis tambah bicaranya manis tetapi palsu semata mata tambah lagi penyakit kencing manis bla bla bla.. So banyak aspek kena tengok. Dan shah, apesal kau tiba tiba serius ni?
2-   Ok sambung. Yang kedua ialah hitam yang kalau kau tutup lampu kau akan nampak gigi terapung or whatsoever lah bukan nak kutuk tapi sebagai orang Melayu, taste jangan nak jauh sangat sampai ke overseas. Okeh, aku bukan nak tekankan sangat pasal warna kulit coz bukan salah mak bapak dorang yang colour kulit dorang guna pensel warna Stabilo ke haperrr ke. Tuhan bagi kan. Tapi kalau untuk orang orang kita ni, better nak hitam, ambik orang melayu. Jangan merantau jauh kononnya nak yang paling hitam sekali di dunia ini. Kalau macam tu baik kau kahwin dengan tayar, kak.  Okey habis.***





C : Saya nak yang biji mata dia warna hazel, kulit warna putih susu, bibir warna merah…

***Kak… oooo hakak ku yang tercinta… kau nak pilih boyfriend ke kau nak pilih cat ni kak? Sila jawab***





D : Saya kalau boleh nak yang boleh jadi SUPERMAN saya.

***suruh dia pakai underwear kat luar dulu yek***




E : Saya nak yang badan ketul-ketul. Maskulin. Rambut pacak. Kalau boleh nak pelakonn laa.. Haaa lepas tu kalau boleh kan mata dia tu nak bulat. Hidung dia nak mancung terpacak. Lubang hidung nak cukup dua la. Dagu nak ada lekuk. Lepas tu…


(15 tahun kemudian...)


E : Kuku kaki dia pulak warna kemerah-merahan. Kaki dia tough, wangi… ermm.

***Kak! Nah! Dah siap lukis. Ambik ni…***








E : Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! (lari balik rumah, pergi dapur, ambik pisau, tolong mak kupas bawang)






Annoying kan orang yang suka demand demand ni?



Itu belum lagi nampak lelaki hensem. Dia dengan aiskrim… dia cair dulu!



Haihh korang, itu cuma kemahuan sementara. Nak sedapkan mata di dunia. Si capik tu pun, hati baik, agama cantik, kalau korang kahwin, dia boleh bawak korang masuk syurga, Alhamdulillah dia boleh jadi sehensem yang kau idamkan di dunia. Dengar cakap aku (walaupun korang tak dengar apa-apa). Kau nampak lelaki hensem, dah berpunya. Kau bomoh pulak girlfie lelaki tu. Lepas tu kau mandremm pulak laki tu buat ubat pengasih larr kejadah kau.



Persoalannya : KAU RASA KAU KIUT KE KAU BUAT MACAM TU HAHHHH?!!



Sorry aku bukan nak marah sesiapa tapi tolong. Sekali lagi KLISE. Bomoh bomoh ni klise tau. Jodoh kau di tangan Allah bukan di tangan bomoh. Kalau rasa agama yang kita anuti itu Islam, maka yang perlu kita nampak ialah Allah SEGALA-GALANYA!



Nak lelaki hensem? Allah boleh bagi! Nak perempuan cun? Allah boleh bagi! Tapi kenapa Allah tak bagi kat duniaaaaaaaaaaaaaaa? Kenapa??????? Cek dulu, muhasabah diri dulu. Jangan fikir negatif. Jangan harukkk bising bising cakap Allah tak adil. Siap nyanyi lagu Yuna.. ini tidak adil tidak adil bagiku… Allah Maha Adil sayangku!



A : Kenapa?! Sob Sob T..T!!! Kenapa!! Kenapa kawan aku dapat boypren kacak kemain, baik! Taat pada agama! Kenapa?!!



B : Kenapa??!! Kenapa member aku dapat awek mantap. Bershawl pashmina lilit lilit menyeksa aku tengok, tapi cun!! Taat pada agama! Kenapa aku tak dapek? Kenapa aku takde awekk? (jawapan aku : pertama mungkin kau gay. Check balik. Kedua : Tengok jawapan aku kat bawah)



Okay lalingz. Dengar sini. Aku tau, ramai yang sedih. Sedih sebab si polan tu dapat yang bagus bagus. Jeles! Kan? Kau tak dapat. Peram hati lama-lama lepas tu jadi dendam. Jangan, plis jangan buat macam tu. Aku cuma nak mengingatkan. Kenapa skop pandangan kita, apa yang kita nampak ni cuma kat dunia semata-mata?



Okey please calm down jangan gopoh, jangan ketuk kepala sendiri dengan tangan. Jangan. Kalau nak ketuk sangat guna hammer baru best. Okey macam ni. Kenapa Tuhan bagi yang kau suka pada orang lain? Sebab…



Sebab…



Sebab Tuhan nak bercinta dengan kau, sayangku. Kau tak pernah terfikir ke? Tak pernah terfikir ke kenapa Tuhan biarkan kita sendiri tidak ditemani sesiapa. Kenapa Tuhan membuatkan kita rasa kecewa kerana manusiaaa dan bersendiriann tanpa ada yang berminaaaattttt dan sendiri memendam perasaaan melihat orang lain bahagiaaaa bercintaaaaaaaaaaaa adalah kerana Tuhan mahu mencari ruang untuk berdua bersama kalian! Ya Allah mau tak menitis air mata memikirkan betapa AGUNGnya cinta Allah pada hamba-hambaNya.



Kalau kau berfikir macam tu, aku rasa kau takkan sedih. Kau akan kembali kepadaNya. Bercinta denganNya. Dating 5 kali sehari denganNya. Buat apa yang Dia suruh.



Ingat balik. Boyfie, girlfie… kita jaga bagai nak rak. Kita bagi cinta, dengan harapan si dia membalas. Apa yang dia balas? Bunga… (belakang rumah kau banyak tapi kau amik jugak sambil buat muka konon konon teruja, bunga api je kut). Coklat Ferari Rocher (apa apa jelah ejaannya). Kat 7 Eleven ada jual. Kau pun mampu beli lebih-lebih lagi bila ada SALE. Surat cinta? Alah kalau nak dibandingkan dengan Allah punya, letak surat cinta sebelah alQuran. Bandingkan mana tebal? See? Apa lagi. Kasih sayang? Ok note this, manusia hati dia boleh berubah. Hari ni kau suka minum air Sunquick, lusa Milo, tulat susu ibu, dan hari hari kemudiannya kau suka minum air liur basi kau. Okey itu melampau tapi cuma nak tunjukkan bagaimana manusia punya hati boleh berubah dengan senang. Tak mustahil kau akan dicurangi. Allah? Sejahat mana pun kau Allah tetap sayang. T__T



Apa lagi? Apa? Rumah kereta???? Helo! Ingat sekali lagi. Hanya kerana Allah cinta dan sayangkan kau, dia bagi kau DUNIA!!! BUMI!!! Boyfie girlfie kau mampu?? Mampu? Kau nak lawan cinta Allah, silap lahhh. Nak lawan betapa sweetnya Allah dalam percintaan, kalahlahhh kau.



Jawapan bagi kenapa ada orang yang dapat kebahagiaan di dunia, dengan boyfie dan girlfie yang ohsemm luar dan dalam.. dan kau jeles dengan orang tu.



“KENAPA DIA DAPAT TAPI AKU TAK DAPAT?!!”



Jangan kecoh sangat yaa. Kihkihkihkih. Comel pulak aku gelak. Kenapa dia dapat? Mungkin… mungkin kalau aku fikir positif, dia dapat boyfie dan girlfie yang korang idamkan mungkin kerana…



1-   Dia bercinta dengan Allah dan meletakkan cinta itu di tangga pertama. (ingat- dengan adanya cinta Allah, maka anda akan dapat cinta yang lain lain. Allah akan janjikan kebahagiaan. Sbagaimana boyfie girlfie korang janjikan masa haruk bercinta dulu.)
2-   Ujian barangkali.



Okey sekarang macam mana korang rasa? Dah boleh control? Dah? Dah ok? Dah boleh meredai? Dah boleh tenang dan biarkan sahaja si hensem dan si jelita tu kapel sesama sendiri tanpa dengki di hati? Dah tau apa yang perlu buat? Apa perlu buat?



Okey, sama sama kita sebut. Aku dan korang.



“APA PERLU BUAT?” *bayangkan aku hulur mikropon*



Sama sama sebut. “MENCINTAI ALLAH!!”



Yaaa DAN CINTA LAIN AKAN….



Sama sama. “MENYUSULI!!!!”



Bagus pandai korang ni.








Kesimpulannya : Jangan terlalu memilih, kerana apa yang kita dapat adalah pilihan terbaik daripadaNya. Hodoh kee mancung ke kemik ke hensem ke kenyal ke pejal keee apa apa jeee keee, terima… kerana Allah!



Cuba bayangkan Tuhan tarik nikmat mata. Kita tak nampak apa-apa. Masa tu ada ke kita fikir nak lelaki/perempuan yang hensem dan cun cun? Semestinya tak. Apa yang korang pandang dan dapat rasai adalah daripada hati. Maka dengan ini, benarlah fakta bahawa….



CINTA ITU BUTA!



Okey.. aku rasa dah lama sangat dah ni aku menghadap laptop.



Akhir sekali, sebagai penutup kata, aku nak cakap aku rasa tak sedap badan je bila menulis entri dengan gaya skema macam ni. Kan? Takpelah sekali sekala. Kalau aku taip main main macam biasa nanti korang belasah aku pulak. Okeylah. Nak chaw dah ni.



Ingat ya. Kita manusia semua sama. Jangan  nak puji sangat orang yang hensem dan jelita tu, bukan jeles ok. Sebab aku pun hensem jugak. Uweekkk! Sebab apa tau, sebab dorang tu sama macam kita. Nak compare kecantikan ni baik usulkan Nabi Yusuf A.S. Kecantikan yang kita ada sebenarnya kita ambik daripada Nabi Yusuf. Nabi Yusuf memiliki peratus kecantikan lebih kurang 99% (kalau silap harap betulkan) dan baki 1% tu kita kongsi ramai ramai dalam jutaan manusia dalam dunia ni. Bayangkan? So, kalau nak puji. Panjatkan pujian daripada Allah. 
Yang dipuji pulak jangan reti cakap Thanksss je. Sujud syukur la sikit.



Orang Arab dulu sampai ada yang sanggup buang mata tau bila ada orang puji mata dia. Haaa? Tak takut? Hehehehe. Tak kisahlah, muka korang kan. Aku ni pulak pesen yang susah nak puji orang. Aku akan puji kalau orang tu betul-betul amazing. Kita manusia, semua diperbuat daripada tanah. Kalau ada yang datang dari spesies beruk maybeeeee kuttttttttt laaaaaaa aku puji. Entah.







Last daripada aku!!





Bye bye. Sayang Allah. Sayang Rasulullah. Sayang aku. Jangan lupa. Byee muahmuah!


----

----

"HUHUUUUU!!" 





“Pon pon! Nora tumpang lalu! Tehee^^.”


“Kau nak apa Nora, nak lempang?”


“Abang Shah! Bila nak mula ni. Nora dah siap mekap pakai baju lagi ni. Kata nak kahwin cepat-cepat.”


“Nora kau tolong jangan bangang sangat, kita kahwin esoklah mangkuk. Kau ni kan. Aku kapak jugak kau ni. Baju ni pakailah esok! Tengok dah kotor kena sambal! Kau ni kalau sehari tak menyusahkan aku tak boleh ke hah.” Sambil cubit telinga Nora.


“Abangggg!! Sakit bang!! Tapi daddy cakap malam ni kita rehearsal?”


“Mana ada orang rehearsal untuk kahwinnnn larrhhhhh!! Aku ceraikan kau Nora!”


"Sampai hatiiii hukhukhuk..." Menangis, lari masuk rumah, terjun kerusi nak bunuh diri.

.
.
.
.
.
.
TAMAT

P/S- tadaaa.. best kan en3 die...
kesimpulannya.. kite kenalah terime ape adenya jodoh kite tu.. jgn tahu nak yang cantik2/semak2 yg bikin aku semak je.. 

Sunday, 14 October 2012, Sunday, October 14, 2012 ϟ 4 <--KOMEN! Dapat Bunga Ros!