Atasi Hasad Dengki
Langkah-langkah Mengatasi Hasad Dengki
- Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya.
- Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersa- manya.
- Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.
- Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu.
- Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hen- dak merosakkan mujahadah kita.
- Berdoalah pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang ada dalam diri kita itu. Ingatlah selalu Firman-Nya: Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu. (Al Ankabut: 69)
Timbul hasad dengki kita pada seseorang ialah kerana orang itu mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang mengatasi apa yang ada pada diri kita. Dan apabila kita terasa orang itu telah mengalahkan kita dalam perjuangan atau perlumbaan maka datanglah dengki itu.
Kelebihan n Kekurangan?? Sume tu ujian dr Allah.. So, sabo jela yer
*Pesanan tuk diri sendiri
Saturday, 30 June 2012, Saturday, June 30, 2012 ϟ 0